Pengenalan
Borang Pengesahan Pendapatan merupakan dokumen yang sering diperlukan dalam pelbagai urusan rasmi untuk mengesahkan jumlah pendapatan seseorang individu atau isi rumah.
Ia berfungsi sebagai bukti bagi pihak tertentu, seperti institusi kewangan, agensi kerajaan, atau institusi pendidikan, untuk menilai status kewangan pemohon.
Borang ini biasanya diperlukan dalam situasi di mana pemohon tidak mempunyai penyata gaji rasmi, contohnya bagi pekerja bebas, peniaga kecil, atau pekerja yang tidak menerima gaji tetap.
Kebiasaanya kegunaan borang pengesahan ini banyak digunakan untuk para pelajar yang ibubapa mereka tidak mempunyai pendapatan tetap atau slip gaji dari majikan.
Apa itu Borang Pengesahan Pendapatan
Secara umumnya, Borang Pengesahan Pendapatan digunakan oleh individu untuk mengisytiharkan pendapatan mereka apabila tidak mempunyai slip gaji rasmi. Bagi mereka yang bekerja secara sendiri atau berpendapatan tidak tetap, borang ini amat penting sebagai bukti pengesahan pendapatan kepada pihak yang memerlukan maklumat kewangan mereka. Tanpa slip gaji, borang ini berfungsi untuk memastikan maklumat pendapatan dapat dinilai dengan tepat.
Borang ini menjadi keperluan terutama bagi pekerja bebas atau peniaga kecil yang sering berdepan kesukaran dalam membuktikan jumlah pendapatan bulanan mereka. Dengan adanya borang ini, individu dapat mengesahkan jumlah pendapatan yang diperoleh secara sah dan teratur, sekaligus membolehkan mereka mengakses pelbagai perkhidmatan kewangan atau bantuan.
Semasa mengisi borang ini, individu perlu menyatakan jumlah pendapatan yang diperoleh dalam tempoh tertentu, seperti mingguan atau bulanan. Jumlah ini akan dijadikan rujukan kepada pihak berkaitan, seperti agensi kerajaan atau institusi kewangan, untuk mempertimbangkan kelayakan mereka.
Pengesahan juga diperlukan dalam borang ini untuk menjamin ketepatan maklumat yang diberikan. Biasanya, pengesahan ini dilakukan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf, seperti penghulu, ketua kampung, atau pegawai bertauliah, bagi memastikan borang tersebut dapat diterima sebagai dokumen rasmi.
Tujuan Borang Pengesahan Pendapatan
Penggunaan Borang Pengesahan Pendapatan ini sering dilihat dalam urusan seperti permohonan bantuan kewangan, skim pinjaman pelajaran, subsidi kesihatan, atau perumahan mampu milik.
Melalui borang ini, pihak yang berkenaan dapat memastikan individu yang benar-benar layak menerima bantuan atau perkhidmatan disasarkan dapat memanfaatkan kemudahan tersebut. Di Malaysia, borang ini biasanya perlu disahkan oleh ketua kampung, penghulu, atau pegawai berwibawa sebagai tanda sokongan dan kesahihan maklumat yang diberikan.
Selain memudahkan proses permohonan bantuan, Borang Pengesahan turut membantu mencegah penyelewengan atau salah guna bantuan kerana hanya individu yang layak akan disokong dengan dokumen ini.
Oleh itu, memahami fungsi serta proses pengisian Borang Pengesahan adalah penting bagi individu yang memerlukan bantuan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak berkuasa.
Kesalahan Menipu Borang Pengesahan Pendapatan
Sekiranya terdapat unsur penipuan dalam Borang Pengesahan, individu yang terlibat boleh didakwa atas kesalahan membuat penyataan palsu. Jika didapati memberikan atau mengesahkan maklumat yang tidak benar, mereka boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan. Seksyen ini memperuntukkan bahawa sesiapa yang dengan sengaja menggunakan dokumen palsu sebagai tulen boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Hukuman bagi kesalahan ini dinyatakan di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, bagi individu yang bersalah. Tindakan undang-undang ini diambil untuk memastikan kepercayaan kepada dokumen rasmi terjaga dan mengelakkan penyalahgunaan sistem bantuan yang disediakan kepada mereka yang layak.
Butiran Borang Pengesahan Pendapatan
Maklumat yang perlu disertakan dalam Borang Pengesahan Pendapatan adalah seperti berikut:
- Nama penuh
- Alamat kediaman
- Nombor kad pengenalan
- Jenis pekerjaan
- Jumlah pendapatan bulanan
- Tandatangan individu
- Tandatangan untuk pengesahan
- Cop rasmi
Siapa Yang Berkuasa Mengesahkan
Secara umumnya, borang ini boleh disahkan oleh beberapa pihak berwibawa seperti berikut:
- Ketua Kaum atau Tuai Rumah yang diiktiraf
- Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau yang lebih tinggi
- Pengetua atau Guru Besar bagi sekolah kerajaan sahaja
- Pengamal undang-undang yang sah
- Ketua Kampung atau Penghulu yang berkelayakan
- Pegawai Kerajaan Kumpulan Profesional (Kumpulan A)
- Pegawai Polis berpangkat ASP atau yang lebih tinggi
- Pesuruhjaya Sumpah yang berdaftar
- Penggawa atau Ketua Mukim yang diakui bertauliah
Pihak-pihak ini memiliki kelayakan yang diperlukan untuk memastikan maklumat dalam borang pengesahan adalah tepat dan sah bagi kegunaan rasmi.
Contoh Borang Pengesahan Pendapatan PDF DOC
Anda boleh memuat turun beberapa contoh borang pengesahan bagi yang tidak mempunyai slip gaji menerusi pautan di bawah ini.
Beberapa template yang disediakan akan membantu anda bagi memudahkan anda menghasilkan borang pengesahan pendapatan anda sendiri.
Sila tekan butang di bawah ini.
Borang Pengesahan Keluarga 1
Borang ini adalah untuk kegunaan pengesahan pendapatan bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji dalam pekerjaan. Ini membantu ibu bapa mengesahkan pendapatan bulanan keluarga.
Borang Pengesahan Keluarga 2
Borang ini adalah untuk kegunaan ibu dan bapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tidak mempunyai slip gaji rasmi oleh majikan. Di dalam borang ini juga terkandung senarai tanggungan yang ditanggung oleh ibubapa.
Borang Borang Pengesahan PB2
Borang ini juga adalah untuk kegunaan ibu bapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau ketiadaan slip gaji seperti di atas. Namun borang ini agak berlainan dari segi antaramuka dan senarai keperluan isian dan lebih lengkap.
Baca artikel lain : Gaji Penjawat Awam 2024 Jadual PDF Download