Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) PDF KPM

Pengenalan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2025 akan diteruskan dengan peruntukan besar sebanyak RM800 juta. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen baru-baru ini. Langkah ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Menurut Datuk Seri Anwar, bantuan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada 5.2 juta murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Setiap penerima akan menerima bantuan kewangan yang boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah, pakaian seragam, dan kelengkapan asas yang diperlukan bagi sesi persekolahan.

Bantuan Awal Persekolahan 2025

Selain itu, kerajaan turut meningkatkan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada RM180 juta, berbanding RM150 juta tahun ini. Peningkatan ini merupakan usaha kerajaan dalam memastikan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mendapat akses yang lebih baik kepada pendidikan.

Inisiatif BAP ini diharap bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan kewangan ibu bapa tetapi juga menyokong kemajuan pendidikan murid di Malaysia. Selaras dengan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyediakan peluang pendidikan yang saksama.

Apa Itu Bantuan Awal Persekolahan BAP

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diperkenalkan pada tahun 2012 dengan matlamat untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga. Dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada awal tahun. Inisiatif ini membantu keluarga menyediakan keperluan penting seperti pakaian seragam, alat tulis, dan bahan pembelajaran. Semua ini pastinya menelan kos yang tinggi, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai ramai anak bersekolah.

Dalam Bajet 2023, kerajaan telah menambah baik program ini dengan menawarkan BAP sebanyak RM150. Menyeluruh kepada semua murid tanpa mengira latar belakang pendapatan keluarga. Langkah ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu bentuk sokongan menyeluruh kepada semua golongan masyarakat, tanpa pengecualian. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban kewangan keluarga di seluruh negara.

Bagi tahun 2025 pula, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diberikan sekali lagi kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya, tanpa mengambil kira pendapatan ibu bapa. Keputusan ini bertujuan untuk mewujudkan peluang pendidikan yang lebih saksama, mengurangkan tekanan kewangan bagi semua keluarga, dan membolehkan murid-murid memulakan sesi persekolahan dengan lebih baik. Usaha ini diharap akan menyokong kesejahteraan sosial, memberikan peluang pendidikan yang lebih luas, dan memupuk kemajuan generasi muda di Malaysia.

Berapa Kadar Bantuan Awal Persekolahan

Murid yang layak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 akan diberikan bantuan sebanyak RM150.00 untuk setiap seorang murid, dan bantuan ini diberikan secara sekaligus atau one-off. Jumlah ini bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan asas persekolahan seperti pakaian seragam, alat tulis, serta peralatan pembelajaran lain. Inisiatif ini sangat bermakna, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai bersekolah.

Dengan pemberian secara one-off ini, ibu bapa dapat menggunakan bantuan tersebut sepenuhnya bagi persiapan sesi persekolahan yang baru. BAP yang diteruskan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyokong keperluan pendidikan rakyat, di samping mengurangkan tekanan kewangan yang dialami pada awal tahun.

Syarat Dan Kelayakan

Syarat dan kriteria kelayakan bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2025 adalah ditetapkan bagi memastikan bantuan ini sampai kepada murid yang benar-benar layak dan bersekolah di institusi yang diiktiraf. Kriteria utama adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia: Murid mestilah seorang warganegara Malaysia untuk melayakkan diri menerima bantuan ini, bagi memastikan bantuan kerajaan ini disalurkan kepada pelajar tempatan.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5: Bantuan ini diberikan kepada murid yang bersekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dalam sesi persekolahan tahun 2025/2026, menjadikannya inklusif bagi murid dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang persekolahan.
  • Jenis Sekolah: Murid yang layak perlu bersekolah di institusi-institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. Rujuk jadual di bawah ini.
Senarai Jenis Sekolah
Sekolah Kerajaan (SK)
Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
Sekolah Agama
Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Sekolah Integriti
Sekolah Henry Gurney

Kriteria ini dirangka agar BAP dapat memberi manfaat kepada lebih ramai murid yang benar-benar memerlukan. Terutama bagi mereka yang bersekolah di institusi yang pelbagai tetapi berdaftar dan diiktiraf.

Kaedah Pembayaran BAP

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat. Ia akan melalui dua saluran utama, bergantung kepada jenis akaun yang dimiliki sekolah:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah: Bantuan akan terus disalurkan ke akaun KWK bagi sekolah yang mempunyai akaun ini. Bagi memudahkan pengurusan kewangan dalam sekolah.
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD): Bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK, dana akan disalurkan melalui Akaun Khas PPD. Ianya untuk memastikan semua sekolah tetap menerima bantuan.

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 kepada murid boleh dilakukan dalam dua cara bergantung kepada keperluan dan kemudahan:

  • Secara tunai: Murid atau penjaga boleh menerima bantuan dalam bentuk tunai terus di sekolah.
  • Pemindahan ke akaun bank murid: Bantuan boleh terus dimasukkan ke dalam akaun bank murid, bagi mereka yang mempunyai akaun bank, untuk memudahkan akses dan keselamatan transaksi.

Tarikh Mula Pembayaran BAP 2025

Tarikh rasmi bagi permulaan pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 akan diumumkan dalam masa terdekat. Pihak kami akan mengemas kini maklumat ini sebaik sahaja menerima pengumuman rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kami memahami bahawa ramai ibu bapa, penjaga, serta pihak sekolah menantikan maklumat lanjut mengenai penyaluran bantuan ini bagi membuat persiapan awal untuk sesi persekolahan tahun hadapan. Oleh itu, kami komited untuk menyediakan maklumat terkini dan tepat demi kemudahan semua pihak yang terlibat.

Tarikh Mula Pembayaran BAP 2025

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh merujuk kepada sumber rasmi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pautan berikut:

  • Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: Layari laman sesawang rasmi di https://www.moe.gov.my/ untuk informasi terkini mengenai bantuan dan inisiatif pendidikan.
  • Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia: Ikuti halaman rasmi di https://www.facebook.com/KemPendidikan untuk perkembangan dan pengumuman terkini secara langsung.
  • Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia: Dapatkan maklumat dan kemas kini melalui platform Instagram di https://www.instagram.com/kempendidikan bagi visual dan infografik yang berkaitan.

Sumber-sumber ini menyediakan akses kepada maklumat yang sahih dan terkini, memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan mengenai BAP 2025 secara lebih menyeluruh.

Kongsi artikel kami ini ke :