Awal Muharam 2024 / 1446H : Tarikh Cuti Umum Malaysia

Pengenalan

Awal Muharam 2024 – Bulan Muharam menandakan permulaan tahun bagi kalendar Islam mengikut kalendar hijrah. Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah sangat penting kerana memperingati peristiwa bersejarah dalam Islam, iaitu kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa ini berlaku pada 1 Muharram, yang merupakan tahun baru bagi kalendar hijrah. Tahun penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah ini dijadikan sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Umat Islam di Malaysia menyambut bulan Maulidur Rasul ini dengan penuh kemeriahan. Malaysia juga menetapkan 1 Muharam merupakan sebagai hari cuti umum.

Tema Maal Hijrah 2024 Malaysia

Tema Maal Hijrah 2024 yang dipilih untuk sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini adalah

Tema Maal Hijrah 2024 Malaysia
Tema Maal Hijrah 2024 Malaysia

Tema ini menggariskan aspirasi untuk mencapai kejayaan (al-falah) sebagai pemacu kepada pembangunan dan kemajuan negara dalam konteks Malaysia Madani.

Ia mencerminkan matlamat untuk membina sebuah masyarakat yang sejahtera, progresif, dan berteraskan nilai-nilai murni Islam, selaras dengan prinsip-prinsip Malaysia Madani yang menekankan keadilan, kesejahteraan, dan keharmonian.

Dengan tema ini, rakyat Malaysia diharap dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai al-falah dalam kehidupan seharian mereka. Kejayaan yang diimpikan bukan sahaja dalam aspek material, tetapi juga dalam pembangunan rohani dan sosial.

Al-Falah Pemacu Malaysia Madani mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama berusaha mencapai kejayaan yang holistik dan bersepadu, menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, kukuh dari segi moral dan etika, serta harmoni dalam kepelbagaian budaya dan agama. Ini adalah seruan untuk semua lapisan masyarakat agar bersatu padu dan bekerjasama demi masa depan yang lebih cemerlang.

Awal Muharam 2024 Tarikh Cuti Umum Malaysia

Menurut kalendar atau takwim JAKIM, tarikh Awal Muharram 2024 atau Maal Hijrah 1446H di Malaysia jatuh pada 7 Julai 2024, yang bersamaan dengan hari Ahad.

Tarikh penting dalam islam 2024

Tarikh Awal Muharram ini merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan, yang bermaksud semua negeri di Malaysia akan bercuti pada hari tersebut.

Sambutan ini memberi peluang kepada umat Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah, serta menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar hijrah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Di bawah merupakan kalendar Masihi bagi bulan jun 2024, Anda boleh merujuk kepada kalendar ini jika mahu bercuti atau merancang hari anda.

kalendar bulan jun 2024

Peristiwa Penting dalam Bulan Muharam

Bulan Muharam adalah salah satu bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan dalam kalendar Islam. Beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini mempunyai makna yang mendalam dan signifikan bagi umat Islam.

Berikut adalah beberapa peristiwa penting dalam bulan Muharam :-

  1. Awal Muharram atau Maal Hijrah – Bulan Muharam menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Hijrah. Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharam sebagai hari pertama dalam kalendar Hijrah. Penetapan ini menandakan permulaan tahun baru bagi umat Islam di seluruh dunia. Peristiwa penting yang memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, yang menjadi asas kepada kiraan tahun Hijrah, berlaku pada 1 Muharam.
  2. 10 Muharam : Hari Asyura – Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram dan merupakan hari yang penuh dengan makna dan sejarah dalam Islam. Terdapat pelbagai peristiwa penting yang dikaitkan dengan hari ini.

Peristiwa Yang Berlaku Pada Hari Asyura

  1. Nabi Adam : Diterima taubatnya oleh Allah.
  2. Nabi Idris : Diangkat ke langit oleh Allah.
  3. Nabi Nuh : Diselamatkan dari banjir besar oleh Allah.
  4. Nabi Ibrahim : Diselamatkan dari api oleh Allah.
  5. Nabi Musa : Diberikan kitab Taurat oleh Allah.
  6. Nabi Yusuf : Dibebaskan dari penjara oleh Allah.
  7. Nabi Yaakob : Penglihatannya dipulihkan oleh Allah.
  8. Nabi Ayub : Sembuh dari penyakit oleh Allah.
  9. Nabi Yunus : Keluar dari perut ikan paus dengan izin Allah.
  10. Nabi Musa dan Laut Merah : Diselamatkan dari tentera Firaun melalui mukjizat pembelahan Laut Merah.
  11. Nabi Daud : Diampuni kesalahannya oleh Allah.
  12. Nabi Sulaiman : Diberikan kerajaan yang besar oleh Allah.
  13. Penciptaan Alam : Hari pertama penciptaan alam semesta oleh Allah.
  14. Penurunan Rahmat : Hari pertama rahmat Allah diturunkan.
  15. Penurunan Hujan : Hari pertama hujan diturunkan oleh Allah.
  16. Penciptaan ‘Arasy : Allah menciptakan ‘Arasy.
  17. Penciptaan Luh Mahfuz : Allah menciptakan Luh Mahfuz.
  18. Penciptaan Malaikat Jibril : Allah menciptakan Malaikat Jibril.
  19. Nabi Isa : Diangkat ke langit oleh Allah.
Kongsi artikel kami ini ke :