Pengenalan
Drama adaptasi daripada novel Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya bakal menemui penonton tidak lagi lagi. Menyorot kehidupan pasangan suami isteri yang berdepan pelbagai dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station. Menampilkan barisan pelakon popular seperti Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana, dan Zahiril Adzim.
Andai Tiada Dia dijadualkan mula bersiaran pada 21 Oktober di slot MegaDrama Astro Ria (saluran 104), setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 10 malam. Penonton juga boleh menikmati drama ini secara atas permintaan melalui Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO, dan platform sooka untuk keselesaan tontonan.
Baca juga : Salju Rindu Di Bumi Auckland Drama Tonton
Info Drama Andai Tiada Dia
TAJUK | Andai Tiada Dia |
JUMLAH EPISOD | 36 Episod |
SALURAN | Astro RIA / Astro GO / Sooka |
SLOT | MegaDrama |
TARIKH MULA TAYANGAN | 21 Oktober 2024 |
WAKTU SIARAN | Isnin – Khamis / 10 PM |
SKRIP | Rissa Ahdiya |
ARAHAN | Riza Baharudin |
TERBITAN | Global Station Sdn Bhd |
PARA PELAKON | Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana, Zahiril Adzim, Husna Mustaffa, Lan Siro, Kodi Rasheed, Mia Nasir, Auni Yusri, Adam Malek, Rosnah Johari, Mas Anizan, Rahim Omar, Riz Amin, Zarynn Min |
Pelakon Dan Watak
Pelakon | Watak |
---|---|
Hisyam Hamid | Haikal |
Ummi Nazeera | Suri |
Mimi Lana | Intan |
Zahiril Adzim | Falah |
Husna Mustaffa | Erma |
Lan Siro | Ikhwan |
Kodi Rasheed | Rafiq |
Mia Nasir | Bainun |
Auni Yusri | Yasmin |
Adam Malek | Wafie Chamber |
Rosnah Johari | – |
Mas Anizan | – |
Rahim Omar | – |
Riz Amin | – |
Zarynn Min | – |
Sinopsis Andai Tiada Dia
Drama Andai Tiada Dia mengisahkan kehidupan pasangan Suri (Ummi Nazeera) dan Haikal (Hisyam Hamid) yang telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun, namun masih belum dikurniakan anak. Keadaan ini memberi tekanan emosi kepada Suri, yang mengimpikan zuriat untuk melengkapi kehidupan mereka. Dalam usahanya untuk menjadi ibu, Suri memohon izin Haikal untuk menjalani rawatan IVF. Walaupun begitu, Haikal tidak begitu teruja dengan idea tersebut, kerana dia merasakan kebahagiaan mereka sudah mencukupi tanpa kehadiran anak.
Namun, hidup mereka berubah apabila adik Haikal, Hisyam, meninggal dunia, meninggalkan seorang bayi yang masih kecil. Kematian tersebut memberi kesan mendalam kepada Suri, yang merasa terpanggil untuk menjaga bayi tersebut sebagai anak angkat. Hasrat Suri ini membangkitkan perasaan keibuan dalam dirinya dan membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri.
Walau bagaimanapun, ketika Suri berusaha untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai ibu, hubungan mereka berhadapan cabaran lebih besar. Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik Suri, mula menambah kerumitan dalam rumah tangga mereka. Perasaan yang tidak disangka-sangka tumbuh antara Intan dan Haikal, sehingga mereka akhirnya menjalin hubungan sulit tanpa pengetahuan Suri.
Ketika konflik demi konflik mula menghimpit, kehidupan pasangan ini menjadi semakin rumit. Pengkhianatan yang berlaku bukan sahaja menguji kesetiaan mereka, tetapi juga membuatkan Suri terpaksa membuat keputusan penting yang akan mengubah arah hidupnya. Drama ini membawa penonton menyelami liku-liku kehidupan, kasih sayang, dan pengorbanan dalam mempertahankan sebuah ikatan perkahwinan.